Saturday 2 August 2014

Raja Berperlembagaan


POLITEKNIK PREMIER SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
NAMA AHLI: Zuizati Akmal Binti Abdul Rahim (08DPI14F1050)
                 Siti Farhana Binti Misran (08DPI14F1039)
                 Nur Farhana Binti Halim (08DPI14F1042)
                 Nur Ain Syuhada Binti Mohd Salleh (08DPI14F1031) 

TAJUK: Raja Berpelembagaan
PROGRAM: Diploma Perniagaan Antarabangsa
SESI: Jun 2014
JABATAN: Perdagangan
NAMA PENSYARAH: Encik Shukri Bin Draman



Sepertimana tajuk dan URL blog ini, blog ini akan menerangkan tentang Raja Berperlembagaan. Namun sebelum itu, adakah anda tahu mengenai tentang Raja Berperlembagaan?


Sebelum kita menyusuri lebih dalam lagi tentang Raja Berperlembagaan, kita mestilah mengetahui dahulu apakah maksud 'perlembagaan' itu sendiri.






Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan berperanan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat.

Perlembagaan juga ialah suatu kumpulan undang-undang dasar yang menentukan cara pemerintahan sesebuah negara itu dijalankan. Perlembagaan menerangkan kuasa-kuasa yang dipunyai oleh pelbagai anggota negara itu, hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan perhubungan antara yang memerintah dengan orang yang diperintah.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah undang-undang bertulis yang tertinggi dan terutama yang menjadi rujukan bagi pentadbiran negara. Perlembagaan ini mengagihkan kuasa tadbir urus negara menurut amalan sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen. Perlembagaan ini boleh dipinda dengan sokongan majoriti sekurang-kurangnya dua pertiga di Parlimen.

Di Malaysia, sebahagian daripada hak-hak asasi manusia adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara lain, Perlembagaan ini menjamin kebebasan untuk hidup, kebebasan bergerak, bersuara, berhimpun dan berpersatuan; beragama dan juga hak-hak bersangkutan pendidikan. Setiap warganegara perlu mengetahui hak asasi masing-masing seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


Raja Berperlembagaan



Raja Berpelembagaan merupakan satu ciri unik dalam pemerintahan Malaysia. Raja Berperlembagaan yang bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.



KONSEP 


Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem perlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil monarki mutlak ( absolute monarchy).


Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan demokrasi. Oleh itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranan tradisional di dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya Perdana Menteri, iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan bukannya Raja. Namun demikian, terdapat juga Raja yang bergabung dengan kerajaan yang tidak demokratik. Misalnya, sewaktu Perang Dunia II, raja Jepun bergabung dengan kerajaan tentera yang dipimpin seorang diktator.

Sesetengah Raja Berperlembagaan adalah berlandaskan Sistem Perwarisan atau mewarisi takhta, manakala yang lain adalah melalui sistem demokratik seperti di Malaysia di mana Yang di-Pertuan Agong adalah dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima tahun.

Terdapat beberapa buah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan pada hari ini. Antaranya ialah Malaysia ( Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin), Monaco ( Putera Albert II), Jordan (Raja Abdullah), Nepal (Raja Gyanendra Bir Bikram Shah Dev), Maghribi (Raja Mohammed VI), Kemboja (Raja Norodom Sihamoni) dan lain-lain.

Yang di-Pertuan Agong



                       
Jawatan Yang di-Pertuan Agong telah diwujudkan oleh Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Yang di-Pertuan Agong merupakan seorang raja berpelembagaan yang memerintah mengikut kuasa yang diberikan kepada baginda oleh Perlembagaan. Sebagai Ketua Negara Malaysia, Yang di-Pertuan Agong berada di kemuncak ketiga-tiga bidang kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman.


Yang di-Pertuan Agong mempunyai keutamaan yang melebihi semua orang di Malaysia dan tidak boleh didakwa dalam mana perbicaraan mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas. Sekiranya Yang di-Pertuan Agong melakukan sesuatu kesalahan semasa meaksanakan tugas rasminya, pihak yang terkilan boleh mendakwa dengan menamakan Kerajaan Persekutuan sebagai defendan. Yang di-Pertuan Agong juga merupakan lambang kedaulatan dan perpaduan negara.



Pemilihan Yang di-Pertuan Agong

Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang raja Melayu dari sembilan buah negeri Melayu yang mempunyai raja oleh Majlis Raja-Raja Melayu mengikut aturan yang terkandung dalam Jadual Ketiga, Perlembagaan Malaysia. Walaubagaimanapun, Yang Dipertua Negeri Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Melaka adalah tidak berkelayakan membuat pemilihan ini.

Setiap raja boleh dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong, kecuali baginda belum cukup umur, atau sengaja tidak mahu dipilih, atau difikirkan tidak layak oleh Majlis Raja-Raja dengan undi sulit atas sebab-sebab kelemahan akal atau tubuhnya atau oleh kerana sebab-sebab lain. Raja yang pertama dalam senarai pemilihan dan mendapat sokongan daripada sekurangnya-kurangnya lima orang raja akan ditawarkan jawatan ini selama lima tahun melainkan baginda meletakkan jawatan sebelum tempoh berkenaan atau dilucutkan jawatan oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Isteri Yang di-Pertuan

Agong digelar Raja Permaisuri Agong dan mempunyai keutamaan selepas Yang di-Pertuan Agong.


CIRI-CIRI PEMILIHAN



Setiap raja boleh dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong, kecuali baginda belum cukup umur, atau sengaja tidak mahu dipilih, atau difikirkan tidak layak oleh Majlis Raja-Raja dengan undi sulit atas sebab-sebab kelemahan akal atau tubuhnya atau oleh kerana sebab-sebab lain.


Raja yang pertama dalam senarai pemilihan dan mendapat sokongan daripada sekurangnya-kurangnya lima orang raja akan ditawarkan jawatan ini selama lima tahun melainkan baginda meletakkan jawatan sebelum tempoh berkenaan atau dilucutkan jawatan oleh Majlis Raja-Raja Melayu.

KUASA EKSEKUTIF

Kuasa eksekutif adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong.

Namun demikian, baginda harus bertindak atas nasihat Kabinet atau nasihat seorang menteri yang bertindak di bawah kuasa am Kabinet (biasanya Perdana Menteri).

Yang di-Pertuan Agong berhak mendapat apa-apa maklumat mengenai pemerintahan Persekutuan daripada Kabinet.

Semasa Majlis Raja-Raja membincangkan perkara-perkara mengenai dasar negara, baginda diiringi oleh Perdana Menteri.


HUBUNGAN DENGAN PARLIMEN


Yang di-Pertuan Agong merupakan satu daripada tiga komponen Parlimen ( di samping Dewan Rayat dan Dewan Negara). 

Baginda boleh memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen. 

Yang di-Pertuan Agong boleh juga memberi ucapan dalam mana-mana Majlis Parlimen atau dalam kedua-dua Majlis Parlimen bersama.

Rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara perlu mendapat persetujuan (kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 66) Yang di-Pertuan Agong sebelum dijadikan undang-undang.

HUBUNGAN DENGAN KEHAKIMAN


Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi dan hakim-hakim lain Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja Melayu.

Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mengampun segala kesalahan yang dibicarakan dalam mahkamah tentera, segala kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan dan segala hukuman yang dijatuhkan dalam Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah.

Di samping itu juga, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk mengampunkan pesalah yang dikenakan hukuman di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


TUGAS-TUGAS LAIN

Yang di-Pertuan Agong merupakan Panglima Tertinggi Bersenjata dan Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah, Sarawak yang tidak mempunyai raja-raja Melayu dan negeri baginda sendiri.

Selain itu, Yang di-Pertuan Agong juga bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak.



KUASA BUDI BICARA


Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicaranya sendiri dalam tiga perkara berikut iaitu ; 

  1. Melantik seorang Perdana Menteri 
  2. Tidak mempersetujui permintaan membubar Parlimen 
  3. Meminta supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja.

PERKARA-PERKARA YANG TIDAK BOLEH YANG DILAKUKAN OLEH YANG DI-PERTUAN AGONG





Tidak boleh dengan giatnya melibatkan diri dalam perniagaan

b) Tidak boleh memegang jawatan bergaji.

c) Tidak boleh meninggalkan Malaysia selama tempoh yang melebihi lima belas hari kecuali dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu atau kerana membuat lawatan rasmi ke sebuah negara lain

d) Tidak boleh menerima apa-apa jua jenis emolumen dari negeri yang baginda menjadi raja

e) Tidak boleh menjalankan tugas-tugas sebagai raja negerinya kecuali tugas-tugas sebagai Ketua Agama Islam, pindaan perlembagaan dan perlantikan Pemangku Raja atau ahli Jemaah Pemangku Raja
.

KESIMPULAN

Berdasarkan huraian yang berkaitan dengan Raja Berperlembagaan di atas, sememangnya kita harus bersyukur dan berasa bertuah dengan sistem kerajaan atau sistem pemerintahan negara kita Malaysia amalkan. Kita sedia maklum bahawa negara Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan etnik yang berlainan, namun masih dapat hidup dengan aman dan tenteram serta bertolak ansur antara satu sama lain jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Selain itu, sistem pemerintahan negara Malaysia amalkan telah berjaya dan mampu menjamin kestabilan negara kita dari segi politik, ekonomi dan sosial. Kestabilan ini juga telah mendorong kepercayaan terhadap pelabur-pelabur asing untuk melabur di negara kita. Begitu juga dengan rakyat Malaysia yang masih menaruh kepercayaan terhadap sistem pemerintahan yang negara kita amalkan. Banyak kemajuan yang telah negara kita capai dari pelbagai aspek sehingga nama Malaysia dikenali di seluruh dunia semenjak negara kita mencapai kemerdekaan. Jikalau kita lihat pada hari ini, negara kita sedang pesat membangun dan bertambah maju selaras dengan Wawasan 2020 serta pada masa yang akan datang. Setiap warga Malaysia percaya bahawa kebijaksanaan dan ketelusan para pemimpin untuk mentadbir negara ini mampu mengurus tadbir negara Malaysia dengan baik.