POLITEKNIK PREMIER SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
NAMA AHLI: Zuizati Akmal Binti Abdul Rahim (08DPI14F1050)
Siti Farhana Binti Misran (08DPI14F1039)
Nur Farhana Binti Halim (08DPI14F1042)
Nur Ain Syuhada Binti Mohd Salleh (08DPI14F1031)
TAJUK: Raja Berpelembagaan
PROGRAM: Diploma Perniagaan Antarabangsa
SESI: Jun 2014
JABATAN: Perdagangan
NAMA PENSYARAH: Encik Shukri Bin Draman
Sepertimana tajuk dan URL blog ini, blog ini akan menerangkan tentang Raja Berperlembagaan. Namun sebelum itu, adakah anda tahu mengenai tentang Raja Berperlembagaan?
Sebelum kita menyusuri lebih dalam lagi tentang Raja Berperlembagaan, kita mestilah mengetahui dahulu apakah maksud 'perlembagaan' itu sendiri.
Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan berperanan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat.
Perlembagaan juga ialah suatu kumpulan undang-undang dasar yang menentukan cara pemerintahan sesebuah negara itu dijalankan. Perlembagaan menerangkan kuasa-kuasa yang dipunyai oleh pelbagai anggota negara itu, hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan perhubungan antara yang memerintah dengan orang yang diperintah.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah undang-undang bertulis yang tertinggi dan terutama yang menjadi rujukan bagi pentadbiran negara. Perlembagaan ini mengagihkan kuasa tadbir urus negara menurut amalan sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen. Perlembagaan ini boleh dipinda dengan sokongan majoriti sekurang-kurangnya dua pertiga di Parlimen.
Di Malaysia, sebahagian daripada hak-hak asasi manusia adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara lain, Perlembagaan ini menjamin kebebasan untuk hidup, kebebasan bergerak, bersuara, berhimpun dan berpersatuan; beragama dan juga hak-hak bersangkutan pendidikan. Setiap warganegara perlu mengetahui hak asasi masing-masing seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Raja Berperlembagaan
Raja Berpelembagaan merupakan satu ciri unik dalam pemerintahan Malaysia. Raja Berperlembagaan yang bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.
KONSEP
Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem perlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil monarki mutlak ( absolute monarchy).
Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan demokrasi. Oleh itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranan tradisional di dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya Perdana Menteri, iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan bukannya Raja. Namun demikian, terdapat juga Raja yang bergabung dengan kerajaan yang tidak demokratik. Misalnya, sewaktu Perang Dunia II, raja Jepun bergabung dengan kerajaan tentera yang dipimpin seorang diktator.
Terdapat beberapa buah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan pada hari ini. Antaranya ialah Malaysia ( Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin), Monaco ( Putera Albert II), Jordan (Raja Abdullah), Nepal (Raja Gyanendra Bir Bikram Shah Dev), Maghribi (Raja Mohammed VI), Kemboja (Raja Norodom Sihamoni) dan lain-lain.
Yang di-Pertuan Agong
Jawatan Yang di-Pertuan Agong telah diwujudkan oleh Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Yang di-Pertuan Agong merupakan seorang raja berpelembagaan yang memerintah mengikut kuasa yang diberikan kepada baginda oleh Perlembagaan. Sebagai Ketua Negara Malaysia, Yang di-Pertuan Agong berada di kemuncak ketiga-tiga bidang kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman.
Yang di-Pertuan Agong mempunyai keutamaan yang melebihi semua orang di Malaysia dan tidak boleh didakwa dalam mana perbicaraan mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas. Sekiranya Yang di-Pertuan Agong melakukan sesuatu kesalahan semasa meaksanakan tugas rasminya, pihak yang terkilan boleh mendakwa dengan menamakan Kerajaan Persekutuan sebagai defendan. Yang di-Pertuan Agong juga merupakan lambang kedaulatan dan perpaduan negara.
Pemilihan Yang di-Pertuan Agong
Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang raja Melayu dari sembilan buah negeri Melayu yang mempunyai raja oleh Majlis Raja-Raja Melayu mengikut aturan yang terkandung dalam Jadual Ketiga, Perlembagaan Malaysia. Walaubagaimanapun, Yang Dipertua Negeri Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Melaka adalah tidak berkelayakan membuat pemilihan ini.
Setiap raja boleh dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong, kecuali baginda belum cukup umur, atau sengaja tidak mahu dipilih, atau difikirkan tidak layak oleh Majlis Raja-Raja dengan undi sulit atas sebab-sebab kelemahan akal atau tubuhnya atau oleh kerana sebab-sebab lain. Raja yang pertama dalam senarai pemilihan dan mendapat sokongan daripada sekurangnya-kurangnya lima orang raja akan ditawarkan jawatan ini selama lima tahun melainkan baginda meletakkan jawatan sebelum tempoh berkenaan atau dilucutkan jawatan oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Isteri Yang di-Pertuan
Agong digelar Raja Permaisuri Agong dan mempunyai keutamaan selepas Yang di-Pertuan Agong.
CIRI-CIRI PEMILIHAN
Setiap raja boleh dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong, kecuali baginda belum cukup umur, atau sengaja tidak mahu dipilih, atau difikirkan tidak layak oleh Majlis Raja-Raja dengan undi sulit atas sebab-sebab kelemahan akal atau tubuhnya atau oleh kerana sebab-sebab lain.
Raja yang pertama dalam senarai pemilihan dan mendapat sokongan daripada sekurangnya-kurangnya lima orang raja akan ditawarkan jawatan ini selama lima tahun melainkan baginda meletakkan jawatan sebelum tempoh berkenaan atau dilucutkan jawatan oleh Majlis Raja-Raja Melayu.
Yang di-Pertuan Agong
Yang di-Pertuan Agong mempunyai keutamaan yang melebihi semua orang di Malaysia dan tidak boleh didakwa dalam mana perbicaraan mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas. Sekiranya Yang di-Pertuan Agong melakukan sesuatu kesalahan semasa meaksanakan tugas rasminya, pihak yang terkilan boleh mendakwa dengan menamakan Kerajaan Persekutuan sebagai defendan. Yang di-Pertuan Agong juga merupakan lambang kedaulatan dan perpaduan negara.
Pemilihan Yang di-Pertuan Agong
Setiap raja boleh dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong, kecuali baginda belum cukup umur, atau sengaja tidak mahu dipilih, atau difikirkan tidak layak oleh Majlis Raja-Raja dengan undi sulit atas sebab-sebab kelemahan akal atau tubuhnya atau oleh kerana sebab-sebab lain. Raja yang pertama dalam senarai pemilihan dan mendapat sokongan daripada sekurangnya-kurangnya lima orang raja akan ditawarkan jawatan ini selama lima tahun melainkan baginda meletakkan jawatan sebelum tempoh berkenaan atau dilucutkan jawatan oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Isteri Yang di-Pertuan
Agong digelar Raja Permaisuri Agong dan mempunyai keutamaan selepas Yang di-Pertuan Agong.
CIRI-CIRI PEMILIHAN
Setiap raja boleh dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong, kecuali baginda belum cukup umur, atau sengaja tidak mahu dipilih, atau difikirkan tidak layak oleh Majlis Raja-Raja dengan undi sulit atas sebab-sebab kelemahan akal atau tubuhnya atau oleh kerana sebab-sebab lain.
Raja yang pertama dalam senarai pemilihan dan mendapat sokongan daripada sekurangnya-kurangnya lima orang raja akan ditawarkan jawatan ini selama lima tahun melainkan baginda meletakkan jawatan sebelum tempoh berkenaan atau dilucutkan jawatan oleh Majlis Raja-Raja Melayu.
Kuasa eksekutif adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong.
Namun demikian, baginda harus bertindak atas nasihat Kabinet atau nasihat seorang menteri yang bertindak di bawah kuasa am Kabinet (biasanya Perdana Menteri).
Namun demikian, baginda harus bertindak atas nasihat Kabinet atau nasihat seorang menteri yang bertindak di bawah kuasa am Kabinet (biasanya Perdana Menteri).
Semasa Majlis Raja-Raja membincangkan perkara-perkara mengenai dasar negara, baginda diiringi oleh Perdana Menteri.
HUBUNGAN DENGAN PARLIMEN
Yang di-Pertuan Agong merupakan satu daripada tiga komponen Parlimen ( di samping Dewan Rayat dan Dewan Negara).
Yang di-Pertuan Agong boleh juga memberi ucapan dalam mana-mana Majlis Parlimen atau dalam kedua-dua Majlis Parlimen bersama.
Rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara perlu mendapat persetujuan (kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 66) Yang di-Pertuan Agong sebelum dijadikan undang-undang.
HUBUNGAN DENGAN KEHAKIMAN
Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi dan hakim-hakim lain Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja Melayu.Di samping itu juga, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk mengampunkan pesalah yang dikenakan hukuman di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
TUGAS-TUGAS LAIN
Selain itu, Yang di-Pertuan Agong juga bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
KUASA BUDI BICARA
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicaranya sendiri dalam tiga perkara berikut iaitu ;
- Melantik seorang Perdana Menteri
- Tidak mempersetujui permintaan membubar Parlimen
- Meminta supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja.
Tidak boleh dengan giatnya melibatkan diri dalam perniagaan
b) Tidak boleh memegang jawatan bergaji.
c) Tidak boleh meninggalkan Malaysia selama tempoh yang melebihi lima belas hari kecuali dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu atau kerana membuat lawatan rasmi ke sebuah negara lain
d) Tidak boleh menerima apa-apa jua jenis emolumen dari negeri yang baginda menjadi raja
e) Tidak boleh menjalankan tugas-tugas sebagai raja negerinya kecuali tugas-tugas sebagai Ketua Agama Islam, pindaan perlembagaan dan perlantikan Pemangku Raja atau ahli Jemaah Pemangku Raja.
Berdasarkan
huraian
yang berkaitan
dengan
Raja Berperlembagaan
di atas,
sememangnya
kita
harus
bersyukur
dan
berasa
bertuah
dengan
sistem
kerajaan
atau
sistem
pemerintahan
negara
kita
Malaysia amalkan.
Kita sedia
maklum
bahawa
negara
Malaysia terdiri
daripada
rakyat
yang berbilang
kaum
dan
etnik
yang berlainan,
namun
masih
dapat
hidup
dengan
aman
dan
tenteram
serta
bertolak
ansur
antara
satu
sama
lain jika
dibandingkan
dengan
negara-negara
lain. Selain
itu,
sistem
pemerintahan
negara
Malaysia amalkan
telah
berjaya
dan
mampu
menjamin
kestabilan
negara
kita
dari
segi
politik,
ekonomi
dan
sosial.
Kestabilan
ini
juga
telah
mendorong
kepercayaan
terhadap
pelabur-pelabur
asing
untuk
melabur
di negara
kita.
Begitu
juga
dengan
rakyat
Malaysia yang masih
menaruh
kepercayaan
terhadap
sistem
pemerintahan
yang negara
kita
amalkan.
Banyak
kemajuan
yang telah
negara
kita
capai
dari
pelbagai
aspek
sehingga
nama
Malaysia dikenali
di seluruh
dunia
semenjak
negara
kita
mencapai
kemerdekaan.
Jikalau
kita
lihat
pada
hari
ini,
negara
kita
sedang
pesat
membangun
dan
bertambah
maju
selaras
dengan
Wawasan
2020 serta
pada
masa
yang akan
datang.
Setiap
warga
Malaysia percaya
bahawa
kebijaksanaan
dan
ketelusan
para pemimpin
untuk
mentadbir
negara
ini
mampu
mengurus
tadbir
negara
Malaysia dengan
baik.
Good 👍🏻💪🏻
ReplyDeleteLain kali letak sumber daripada mana ea...senang orang lain nak buat rujukan. Apepun, good entry
ReplyDeleteHalo, saya Helena Julio dari Ecuador, saya ingin berbincang dengan baik mengenai Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian mengenai topik ini. Perkhidmatan Pembiayaan FundingLe_Meridian memberi saya sokongan kewangan ketika semua bank di kota saya menolak permintaan saya untuk memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD, Saya cuba semua yang saya dapat untuk mendapatkan pinjaman dari bank saya di sini di Ecuador tetapi mereka semua menolak saya kerana kredit saya rendah tetapi dengan rahmat tuhan saya mengetahui tentang Le_Meridian jadi saya memutuskan untuk mencuba untuk memohon pinjaman. dengan Insyaallah mereka memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD permintaan pinjaman yang bank saya di sini di Ecuador telah memalingkan saya kerana, ia benar-benar hebat melakukan perniagaan dengan mereka dan perniagaan saya berjalan lancar sekarang. Berikut ialah Penyertaan E-mel Le_Meridian Pelaburan / WhatsApp Hubungi jika anda ingin memohon pinjaman dari mereka.Email:lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.comWhatsApp Hubungi: + 1-989-394-3740.
ReplyDelete